Makanan Bayi 6 Bulan

Makanan Bayi 6 Bulan 

 

Untuk para ibu yang mempunyai anak-anak kecil , sememangnya sedia maklum bahawa waktu terawal serta yang paling sesuai untuk memberi si kecil kita makanan adalah ketika berumur 6 bulan dan ke atas. 

 

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan dan ke atas kerana beberapa sebab. Antara faktor-faktor yang utama adalah kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang. Sistem penghadaman bayi berumur kurang dari 6 bulan masih belum cukup bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat jika ia masuk ke dalam sistem tubuh badannya. Jika ini terjadi , tubuh si kecil tadi terpaksa bekerja dua kali ganda untuk memproses zat-zat makanan yang masih belum sesuai untuknya. 

 

Faktor kedua pula berkaitan dengan masalah kesihatan jangka masa panjang bayi tersebut. Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka di Amerika , kematian tiba-tiba seorang dewasa akibat sakit jantung , strok dan sebagainya sedangkan pada fizikalnya dia kelihatan sihat, seperti menjaga pemakannya serta rajin bersenam adalah berkait rapat dengan pemberian makanan terlalu awal kepada individu tersebut. Walaupun agak pelik tapi itu lah hakikat serta bahaya memberi makanan terlalu awal untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan. 

 

Yang terakhir pula ialah kerana memberi makanan terlalu awal kepada bayi akan mengganggu penyusuan bayi tersebut. Secara logiknya , jika sudah diberi makanan , bayi tersebut akan berasa kenyang dan mungkin tidak mahu menyusu lagi sedangkan susu ibu terutamanya sangat penting untuk si kecil tadi.

 

Jadi pikir-pikirkan lah jika mahu memberi anak anda makanan terlalu awal. Terlalu banyak faktor yang memudaratkan dari yang elok. 

 

Bagaimana pula jika anak anda sudah berumur 6 bulan dan lebih. Apakah makanan bayi 6 bulan yang sesuai untuk si kecil anda. 

 

Jika mahu mengikut nasihat orang tua , adalah lebih baik makanan tersebut di masak sendiri orang ibu tadi seperti bubur nasi berserta ayam yang dikisar halus , buah-buahan seperti betik yang dilenyek dan bermacam-macam lagi. 

 

Tapi bagaimana pula untuk ibu yang bekerjaya yang mungkin mempunyai waktu yang terhad di dapur. Tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan bayi yang terdapat di pasaran. Dari makanan berasaskan buahan-buahan,sayur-sayuran , nasi dan bermacam-macam lagi. 

 

Untuk post kali ini saya akan bezakan pula harga untuk produk makanan bayi 6 bulan yang popular iaitu Cerelac. Biasanya makanan inilah yang menjadi pilihan para ibu jika pertama kali mahu memberi makanan pertama untuk si kecil. 

 

Saya sendiri telah pergi ke pasaraya utama di negara ini untuk membandingkan harga pasaran barangan ini. 

 

Pasaraya Tesco 

Nestle Cerelac Baby Food 500g Tin Assort   :     RM14.55

 

Pasaraya Econsave 

Nestle Cerelac Baby Food 500g Tin Assort   :       RM12.90

 

Pasarmini Speedmart 

Nestle Cerelac Baby Food 500g Tin Assort   :    RM14.60

 

Lazada Online Shopping

Nestle Cerelac Baby Food 500g Tin Assort   :      RM14.60

 

Memang tidak dapat dinafikan ada setengah-setengah pasaraya yang mempunyai harga yang sangat rendah untuk produk tertentu. Seperti contoh di atas, saya secara kebetulan berada di kawasan yang mempunyai pasaraya Econsave, jadi saya mengambil kesempatan untuk meninjau harga di sana. Memang sangat rendah ! Bertuah sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan pasaraya tersebut. 

 

Tapi bagi saya yang tinggal di kawasan yang hanya mempunyai pasaraya selain daripada Econsave , kadangkala harga yang ditawarkan tidaklah serendah yang diharapkan. Itu lah salah satu sebab saya beralih kepada online shopping kerana harganya yang lebih kurang sama sahaja tetapi tanpa perlu merebut tempat letak kereta :). Dan jika anda bernasib baik , jika waktu itu terdapat tawaran untuk produk tersebut , harganya akan menjadi jauh lebih murah. Jadi nasihat saya, jadi lah pengguna yang bijak. 

 

Untuk setakat ini saja penulisan saya tentang makanan bayi 6 bulan. Kebaikan serta keburukan memberi makan terlalu awal pada bayi juga telah saya upas. 

 

Jika anda mempunyai maklumat tentang harga produk makanan bayi di pasaraya berdekatan dengan anda atau di mana-mana saja, kami sangat-sangat mengalukan sebarang info untuk dikongsi bersama pembaca lain. 

 

Sekian terima kasih. 

 

Go to Pampers Murah Tapi Berkualiti

Go back to Homepage

Go to Children Activities

Go to Schools

Go to Children Healthcare

Go to our Blog

0 comments